Isnin, 7 Mac 2011

SUKAN OLAHRAGA DAN BALAPAN 2011




Ketibaan tetamu kehormat, YB En Wan Salman dan barisan AJK PIBG, diiringi barisan pentadbir sekolah mengambil tempat di khemah tetamu.
Disambut dengan kata alu-aluan daripada juruacara sukan kita pada tahun ini Pn Mariah Daud.



Berlangsung perbarisan kontigen rumah-rumah sukan didahului dengan rumah Merah, Biru, Pendidikan Khas, Hijau dan Kuning. Diikuti dengan bacaan doa, Bacaan Ikrar Sukan, Ucapan Pentadbir sekolah, Ucapan Tetamu Kehormat dan acara sukan dimulai.


Tahniah diucapkan kepada RUMAH MERAH kerana berjaya menjuarai acara Perbarisan

Seperti yang telah diduga, Kejuaraan Sukan Olahraga dan Balapan 2011 tidak boleh tidak akhirnya jatuh semula ke tangan RUMAH BIRU setelah setahun memberi peluang kepada rumah lain untuk 'merasa' menjuarainya pada tahun lepas.