Selasa, 4 Januari 2011

PMR Kejayaan Penuh Kesyukuran - Berita Akhbar


( Berita ini disalin daripada Utusan Online - Link )
ARKIB : 27/12/2010

SMK Jengka Pusat terbaik di Felda

MARAN 26 Dis. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat muncul sekolah terbaik bagi peringkat tanah rancangan Felda di negeri ini apabila seramai 22 pelajarnya memperoleh 8A dan 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini.

Keputusan cemerlang itu sekali gus merupakan rekod baru bagi sekolah itu apabila berjaya mencapai 100 peratus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.44.

"Kejayaan menduduki tempat ke-18 daripada keseluruhan sekolah di Pahang membuktikan anak-anak peneroka turut hebat dan berdaya saing serta mampu mencatat kejayaan cemerlang.

"Resipi kejayaan cemerlang ini adalah hasil kerja kuat dan bersepadu pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG)," kata Guru Penolong Kanan Kurikulum SMK Jengka, Mohd. Rozi Mat Sani kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Beberapa pelajar cemerlang yang ditemui menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah sangat bermakna kepada guru, ibu bapa dan masyarakat yang memberi dorongan kepada mereka.

Seorang pelajar, Nur Jannatul Husna Zazali, 15, dari Bandar Jengka yang memperoleh 8A mengakui amat gembira atas pencapaian cemerlang itu yang disifatkannya sebagai hadiah berharga kepada kedua-dua ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan.

Menurutnya, dia sering memberi tumpuan di dalam kelas dan mengulang kaji secara berkumpulan bagi memudahkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

Rakannya, Nurul Shafiqa Mokhtar Rudin, 15, dari Felda Jengka 15 yang turut mendapat 8A mengakui kejayaan itu sebagai bukti bahawa anak peneroka Felda mampu mencatatkan kejayaan cemerlang.

"Kejayaan ini dikongsi bersama guru yang bersungguh-sungguh membantu memberi motivasi berterusan bagi mengelakkan kami lalai dengan aktiviti tidak berfaedah," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Seorang pelajar dari Felda Jengka 16, Mohd. Taufik Syahmi Abdul Rahman, 15, berkata, dia tidak menyangka memperoleh 8A dalam peperiksaan itu.

Berkat kerajinan mengulang kaji pelajaran dan membuat banyak latihan tanpa arahan guru, jelasnya, merupakan antara faktor kejayaan di samping doa semua pihak.

Bagi Muhamad Fadhil Azhari Abd. Wahab, 15, dari Felda Jengka 12 yang mencapai keputusan 8A, dia mengucap terima kasih kepada guru, PIBG dan ibu bapanya yang menjadi pemangkin kepada kejayaan besar dalam sejarah keluarga.

"Saya bertekad belajar lebih tekun bagi melanjutkan pengajian ke universiti untuk memenuhi impian menjadi jurutera seterusnya berbakti kepada masyarakat Felda," katanya.

Bagi Nur Fitrahana Mohd. Yusop, 15, dari Felda Semarak Jengka 15, dia membuktikan bahawa kejayaan hanya akan dapat dicapai jika tidak terlibat dalam aktiviti melalaikan seperti melayari laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, untuk mendapat 8A dalam semua mata pelajaran bukan perkara mudah jika tidak disusuli dengan tekad dan azam yang kuat.

Sementara itu, seorang pelajar daripada Felda Jengka 21 yang mendapat 9A, Amin Naim Mansor, 15, menyifatkan kejayaan itu sebagai titik permulaan yang baik untuk mengulanginya pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi.

"Penat lelah saya belajar selama tiga tahun sejak tingkatan satu hingga kini amat berbaloi," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar.

E-Disiplin Online




January 4, 2011
Jam 3:00 pm
Tempat Bilik Gerakan

Taklimat E-Disiplin Online

Koordinator Jemputan : En Mohammad Harun (GPK Ko SMK J21)


Orientasi T1 dan T4 (3-5 January 2011)

TINGKATAN 4




TINGKATAN 1




Isnin, 3 Januari 2011

Ahad, 2 Januari 2011

Pendaftaran Tingkatan 1

Hari ini dilangsungkan pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2011. Majlis pendaftaran diadakan di Dewan Al-Falah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasman Karim dan kemudian diikuti dengan taklimat ddir pihak sekolah yang disampaikan oleh Tn Hj Mohd Rozi Mat Sani GPK Pentadbiran. Pendaftran bermula pada jam 9.00 pagi.





Report by Admin Gedung Zaaba -Mr Nos