Rabu, 28 April 2010

MTQ 2010 di Kuantan buktikan SMKJP akan terus mantap.

Qariah SMKJP berjaya meraih tempat ke 3 di Majlis Tilawah Quran Sekolah-sekolah Menengah Negeri Pahang .MTQ Sekolah2 Menengah Peringkat Negeri yang berlangsung di SM Teknik Kuantan dari 23-25 April menyaksikan 3 orang wakil dari SMKJP yang mewakili Daerah Maran berjaya menunjukkan potensi masing-masing.Muhammad Amirul Akmal -tilawah lelaki,Noor Kamalia -tilawah perempuan dan Nurul Iffah Athirah -Hafazan perempuan adalah pelajar-pelajar SMKJP yang mewakili daerah Maran dalam MTQ tersebut.Syabas kepada Noor Kamalia Hj Kamaruddin yang berjaya mendapat tempat ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan