Isnin, 11 Januari 2010

Permulaan Cemerlang 2010

Bandar Kerayong, Bera, Pahang - 02 Januari 2010, Pemain Petanque SMKJ Pusat telah memulakan langkah kejuaraan pada awal tahun ini dengan menjuarai Petanque Terbuka Bera 2010 meraih JOHAN. Peyertaan dalam kejohanan tersebut adalah daripada 64 pasukan dari seluruh Pahang dan 20 pasukan daripada Negeri Sembilan.

Mohamad Asfar bin Mohamad Aziz dan Ahmad Safwan bin Ibrahim adalah pemain yang membawa cabaran bagi pasukan SMKJP. Pertandingan dijalankan secara 'Double KO' dan pusaingan seterusnya adalah kalah mati.

Hasil pertandingan pasangan ini berjaya menjadi JOHAN bagi pertandingan ini.

Sebelum ini sepanjang bulan Disember, Pasukan Petanque SMKJP telah menyertai Kejohanan Petanque Terbuka Selangor Peringkat Kebangsaan pada 19 dan 20 hb Disember 2009 di Stadium Tertutup Majlis Daerah Kuala Selangor.

Pelajar sekolah ini, Norhashimah Hassan dan pasangannya berjaya mendapat tempat ke 3 manakala Siti Aminah dan Pasangannya mendapat tempat ke 6.

Beberapa Pemain Petanque Sekolah turut dipilih oleh Majlis Sukan Pahang dan Persatuan Pentanque Pahang untuk mewakili Pahang dalam Pra Sukma pada 5 dan 6 Disember 09 di Gelanggang Pentanque Dungun Terengganu.

Keputusannya Mohd Intidzam bin Mohd Nor telah berjaya meraih 2 pingat emas bagi acara double dan triple lelaki. Manakala Norhashimah Hassan mendapat pingat 1 perak.

Tahniah buat pengurus dan jurulatih Pentanque En Ibrahim Hj Huri, dan terima kasih kepada Pengetua SMKJ Pusat Pn Hafidzah Jono atas sokongan padu , begitu juga kepada Persatuan Pentanque Pahang dan Majlis Sukan Pahang... terima kasih buat semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan