Selasa, 26 Januari 2010

Anugerah Kualiti Negeri Pahang



Jan - Pada bulan ini seorang guru dari sekolah ini, En Salleh bin Abu Bakar telah menerima Anugerah Kualiti Negeri Pahang apabila berjaya mendapatkan GPS terbaik Peringkat Negeri Pahang bagi matapelajaran KH3 2008. TAHNIAH Cikgu Salleh !

Ahad, 24 Januari 2010

BIRU MENANG LAGI !!

Akhirnya pasukan dari rumah lain dengan berat hati terpaksa juga menyerahkan gelaran JUARA kepada Rumah Biru apabila juruacara mengumumkan kemenangan keseluruhan bagi Larian Perdana 2010 jatuh kepada Rumah Biru.

Walaupun begitu dengan semangat kesukanan yang tinggi, kemeriahan, kerjasama dan keakraban bagi semua warga SMKJP telah berjaya menjayakan Larian Perdana 2010 dengan jayanya.

Dimulai dengan taklimat S/U Sukan dan pembantunya En Zul Mamat dan En Isyharudin di Dataran Ilmu, "Warming UP" di Dewan Al Falah

Kemudian dilepaskan oleh Pn Pengetua , GPK1, Hem dan KOKO... nantikan berita penuh ...


Post by PausBiru

Rabu, 20 Januari 2010

Sukan : Rumah Biru Mendominasi Cabaran




Motto Rumah Biru "Kalah Dalam Tangan, Menang Sudah Tentu" ,menjadi pencabar utama apabila beberapa tahun kebelakangan ini menjadi JUARA KESELURUHAN Sukan Tahunan Sekolah.

Pada tahun ini, latihan yang lebih efisyen dijalankan bagi memastikan kejuaraan tidak terlepas ketangan pencabar lain yang sememangnya telah lama mengidamkan kejuaraan ini. Post by - Blue Team

Rabu, 13 Januari 2010

Mesyuarat 3 serangkai Ko-Kurikulum

Mesyuarat bagi setiap Rumah Sukan, Uniform , Kelab dan Persatuan akan diadakah hari ini (13/01/2010) mengikut ketetapan yang telah dinyatakan pada perhimpunan pagi. Semua warga SMKJP boleh menyemak di papan KoKurikulum untuk melihat jadual tersebut.

Unit Ko

Isnin, 11 Januari 2010

Program Tautan Kasih

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKJP telah melancarkan satu Program Tautan Kasih hari ini bertujuan untuk mendidik pelajar agar memiliki sahsiah yang tinggi selain daripada pencapaian akademik.

Program ini dimulakan dengan memberikan salam kepada guru dan seterusnya bersalam dengan mereka diawal perjumpaan pagi.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pn Pengetua dan GPK 1 dan beliau sangat berharap agar program ini menjadi salah satu identiti pelajar sekolah ini.

Permulaan Cemerlang 2010

Bandar Kerayong, Bera, Pahang - 02 Januari 2010, Pemain Petanque SMKJ Pusat telah memulakan langkah kejuaraan pada awal tahun ini dengan menjuarai Petanque Terbuka Bera 2010 meraih JOHAN. Peyertaan dalam kejohanan tersebut adalah daripada 64 pasukan dari seluruh Pahang dan 20 pasukan daripada Negeri Sembilan.

Mohamad Asfar bin Mohamad Aziz dan Ahmad Safwan bin Ibrahim adalah pemain yang membawa cabaran bagi pasukan SMKJP. Pertandingan dijalankan secara 'Double KO' dan pusaingan seterusnya adalah kalah mati.

Hasil pertandingan pasangan ini berjaya menjadi JOHAN bagi pertandingan ini.

Sebelum ini sepanjang bulan Disember, Pasukan Petanque SMKJP telah menyertai Kejohanan Petanque Terbuka Selangor Peringkat Kebangsaan pada 19 dan 20 hb Disember 2009 di Stadium Tertutup Majlis Daerah Kuala Selangor.

Pelajar sekolah ini, Norhashimah Hassan dan pasangannya berjaya mendapat tempat ke 3 manakala Siti Aminah dan Pasangannya mendapat tempat ke 6.

Beberapa Pemain Petanque Sekolah turut dipilih oleh Majlis Sukan Pahang dan Persatuan Pentanque Pahang untuk mewakili Pahang dalam Pra Sukma pada 5 dan 6 Disember 09 di Gelanggang Pentanque Dungun Terengganu.

Keputusannya Mohd Intidzam bin Mohd Nor telah berjaya meraih 2 pingat emas bagi acara double dan triple lelaki. Manakala Norhashimah Hassan mendapat pingat 1 perak.

Tahniah buat pengurus dan jurulatih Pentanque En Ibrahim Hj Huri, dan terima kasih kepada Pengetua SMKJ Pusat Pn Hafidzah Jono atas sokongan padu , begitu juga kepada Persatuan Pentanque Pahang dan Majlis Sukan Pahang... terima kasih buat semua.

Jumaat, 8 Januari 2010

JAMUAN KESYUKURAN PMR 2009

Jamuan kesyukuran PMR 2009 diadakan pada Jam 11:00 am di Bilik Jamuan, semua pelajar tingkatan 4 dan semua guru dijemput hadir.

Kaunselor - En Azahari / Pn Tn Rohana

TAZKIRAH MINGGUAN - JUMAAT

Tazkirah mingguan disampaikan oleh Ust Hasman menyentuh tentang azam dan kesungguhan. Pelajar perlulah mempunyai target dan azam untuk berjaya, yang lebih penting adalah pemantauan kendiri terhadap usaha bagi mencapai azam tersebut. Seperti yang selalu dinyatakan .... kita tidak merancang untuk gagal, tetapi selalu nya gagal untuk merancang .

TAKLIMAT PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH , POLIS BANDAR JENGKA

Pagi ini, Tn S.M. Azhar bin Zali, Pegawai Perhubungan Sekolah Polis Bandar Jengka, telah memberikan taklimat berkaitan disiplin pelajar dan jenayah kecil yang dilakukan oleh segelintir pelajar di daerah ini.

Harapan beliau agar pelajar sekolah ini tidak terlibat dalam segala masalah sosial dan jenayah. antara lain beliau juga mengharapkan semua pelajar dapat menyalurkan maklumat kesalahan jenayah kepada pihak polis .

En Marzuki .. 08/01/2010

Khamis, 7 Januari 2010

Taklimat Tingkatan 4 KAA

Taklimat akan dijalankan hari ini pada hari ini 07 Januari 2010 Jam 11:20 am di Bilik Seminar oleh En Azahari , Kaunselor SMKJP

Hari Pertama Persekolahan

Perhimpunan pagi dijalankan seperti biasa. Ucap utama pagi ini daripada Pn Pengetua sendiri. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua guru dan pelajar, selain itu memperkenalkan guru - guru baru yang telah melaporkan diri ke sekolah.

Sekolah dipantau oleh Pn Jamilah dari JPN Pahang.

(1st test post)

Ahad, 3 Januari 2010

Makmal Komputer - Penyelenggaraan

Makmal Komputer masih dalam proses penyelenggaraan dan pengemasan. Sebanyak 40 buah komputer telah dipasang dan sehingga kini guru ict sedang menaik taraf makmal dan memasang perisian keselamatan dan perisian lain yang diperlukan untuk matapelajaran ICTL dan ICT/TMK.

Bagi yang menggunakan makmal pastikan semua pelajar dan guru menulis buku log yang disediakan untuk kegunaan pengurusan makmal TQ

Sabtu, 2 Januari 2010

Kehilangan 2010....





2010 , Tahun ini SMKJP telah kehilangan beberapa ahli yang mempunyai komitmen yang tinggi dan berfikiran positive, walaupun begitu mereka terpaksa meninggalkan SMKJP, demi tugas baru di tempat yang baru. Semoga kecemerlangan sentiasa bersama mereka.


Pn Hjh Ramlah Mat Diah
GPK 1 (SMKJP)
kini menjawat jawatan
Pengetua di SMK Jengka 21





En Minhad Mohtar
GPK HEM (SMKJP)
kini menjawat jawatan
Pensyarah IAB






En Jasme Ismail
KB (SMKJP)
kini menjawat jawatan
Pensyarah IAB







En Zulkiflie Basah
kini menjawat jawatan
Pegawai di PPD Maran










Pn Hjh Siti Hapsiah bt Jurami
berpindah ke
SMK Lepar Utara












Ust Abu Zahid Awang Besar
berpindah ke
SMK









Pn Hafiza Rusni
berpindah ke
SMK Seri Damai, Kuantan











Jumaat, 1 Januari 2010

Peneraju SMK Jengka Pusat 2010



PENGETUA
PN HJH HAFIDZAH BINTI JONO


GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
GURU PENOLONG KANAN KO KURIKULUM